suria

Berbaloi kongsi nota kreatif bersama ribuan calon SPM... Pelajar RMC terima iPad sumbangan Syed Saddiq tak sangka target 6A dapat 9A!

Danish meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baru diumumkan pada Khamis pagi.

DETIK yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila calon Sjil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima keputusan mereka pada Khamis pagi.

Antara yang turut tersenyum gembira tentunya Danish Haiqal Shajehan, 18, pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi, Kuala Lumpur yang meraih keputusan sembilan A (9A) pada hari ini.

Jika anda masih ingat, kisah remaja yang mesra disapa Danish itu pernah mendapat liputan mStar pada 30 Disember 2020 dan 3 Januari 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara kertas catatan basah akibat hujan, calon SPM create nota guna iPhone 7... berbaloi walau sekali hadap 2 jam! - “Jimat masa tak perlu buka buku tebal”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah lama jual baju, tapi tak cukup lagi simpanan” - Pelajar RMC syukur kuasa viral bantu capai impian! Rabu masuk mStar, Sabtu terus Syed Saddiq beri iPad Pro

Dia pada waktu itu menggunakan telefon pintar Apple iPhone 7 untuk menghasilkan nota kreatif sebelum dikongsi bersama rakan yang lain.

Setelah tular di Twitter dan mendapat liputan mStar, dia kemudiannya dipertemukan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga dihadiahkan sebuah iPad Pro dan Apple Pencil untuk meneruskan usaha murninya itu.

Kini berada di kediaman keluarga di Langkawi, Kedah, remaja ini menzahirkan rasa syukur ketika dihubungi mStar.



Kisah nota ringkas Danish mendapat perhatian mStar pada Disember lalu.

"Saya terkejut, tapi sangat bersyukur. Alhamdulillah. Ketika peperiksaan SPM, saya dah buat yang terbaik dah hanya berserah kepada Allah

"Saya semak keputusan secara dalam talian dengan emak. Saya target dapat keputusan sekitar 6A, tak sangka pula dapat 9A," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Danish, dia percaya usaha yang dilakukan selama ini dengan berkongsi nota subjek-subjek SPM kepada rakan-rakan turut menyumbang kepada pencapaian itu.

Ketika ini, dengan adanya pandemik Covid-19, kita kena belajar secara dalam talian, saya nasihatkan agar kita semua lebih fokus.

DANISH

"Mungkin kerana saya selalu kongsi nota, orang yang guna nota tu doakan saya semula. Sambil-sambil saya bantu orang, ia turut memberi peluang kepada saya untuk tambah ilmu.

"Nota-nota yang saya buat sendiri, saya kongsikan dalam saluran Telegram yang mempunyai 5, 000 ahli. Saya kongsi untuk semua, InsyaAllah saya akan teruskan usaha ini di universiti nanti," ujarnya.

Kata Danish, dia berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Komputer.



Danish menerima iPad pemberian Syed Saddiq selepas kisahnya tular.

Dalam pada itu, Danish ketika dihubungi sempat menitipkan sedikit pesanan buat calon SPM tahun ini yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

"Ketika ini, dengan adanya pandemik Covid-19, kita kena belajar secara dalam talian, saya nasihatkan agar kita semua lebih fokus.

"Jangan usaha last minute, ia bahaya. Last minute itu yang mungkin membuatkan keputusan kita di atas pagar.

"Keberkatan guru dan ibu bapa sangat penting," ujarnya mengakhiri bicara.

Untuk rekod, Danish mengambil sembilan subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains Komputer, Fizik dan Kimia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain