suria

Rider muka garang cemas kopi habis tumpah... reaksi pelanggan ‘kempunan’ memang tak disangka –“Esoknya terkejut dapat bungkusan”

Seorang pelanggan menceritakan insiden minuman kopi yang dihantar oleh seorang penghantar makanan, tumpah dalam perjalanan. -gambar hiasan

DUGAAN seorang penghantar makanan sememangnya tidak boleh dijangka, namun sejauh mana kekuatannya untuk mengharungi ujian itu?

"Semalam, ada Grab rider bawa kopi, sekali tumpah. Dia punya minta maaf nak hulur duit. Saya cakap tak payah 15 kali sambil suruh dia balik dan cakap no worries.

"Kemudian saya bagi dia lima bintang (rating) dan tip sikit kat Grab. Hari ni, tiba-tiba ada orang hantar kek dan buah dan nota," tulis seorang pelanggan di aplikasi Instagram Story, dan menjadi tular selepas dikongsi di laman Twitter @callmefye sehingga diulang kicau lebih 12,000 kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan wanita cuak... nampak rider menggigil tangan, basah kuyup redah hujan lebat hantar makanan - "Apa salahnya kasi tips"

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi rider selepas dibuang kerja, 2 beradik sengau dedah sebab hantar Musang King berdua... - "Kalau telefon terpadam habislah"

Berkongsi pengalaman, pelanggan berkenaan berkata, kejadian berlaku baru-baru ini apabila membuat tempahan minuman kopi dari rangkaian kafe popular.



Nota yang diterima Linda bersama bungkusan.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Linda Latip memberitahu, dia merupakan penggemar kopi tegar dan pada hari berkenaan terdapat kelewatan penghantaran.

"Saya tak boleh dalam sehari tanpa minum kopi, selalunya sampai tiga kali saya order kopi sehari. Tapi selama empat hari sebelum tu saya cabar diri untuk berhenti minum kopi.

"Jadi hari saya order tu adalah hari pertama baru nak minum kopi. Jadi memang perasaan membuak-buak nak sangat minum, tapi rider lewat pula hantar," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Linda mengakui pada mulanya dia berang atas kelewatan itu, sambil menambah sesuatu yang mengejutkan berlaku sebaik penghantar makanan tersebut tiba di rumahnya.

"Dia sampai saja terus cepat-cepat minta maaf kat saya. Katanya kopi tumpah dalam perjalanan, saya tengok di luar pun cuaca hujan renyai-renyai.

"Tumpahnya bukan sikit, memang kosong dalam cawan. Tengok keadaan rider yang cemas tu, saya kata tak apalah, saya ambil cawan tu untuk dibuang.

"Tapi dia serba-salah sangat masa tu, berkali-kali minta maaf kat saya. Takut betul dia, mungkin agaknya dia selalu jumpa dengan pelanggan yang garang," ujarnya.



Perbualan Linda bersama rider menerusi aplikasi WhatsApp selepas menerima bungkusan.

Menurut wanita berusia 42 tahun itu, permohonan maaf dan sikap jujur penghantar makanan itu merupakan antara sebab dia tidak mengambil perkara itu sebagai serius.

"Dia bukan sekadar nak bayar balik, malah sanggup nak pergi semula ke kafe untuk beli yang baru untuk gantikan kopi yang tumpah. Tapi saya kata tak apa. Saya anggap tak ada rezeki saya hari tu.

Kenapa saya bagi lima bintang? Kerana saya sentiasa percaya peluang kedua selain sikap dia yang jujur

LINDA

"Saya minta dia balik dan selepas itu saya beri rating lima bintang kat aplikasi. Kenapa saya bagi lima bintang? Kerana saya sentiasa percaya peluang kedua selain sikap dia yang jujur.

"Walaupun muka rider tu nampak garang dengan berbadan besar siap berjambang, tapi keperibadian dia berbeza... rendah diri untuk minta maaf. Saya juga percaya kalau kita buat baik dengan orang, insyaAllah orang lain akan buat baik dengan kita," ujarnya yang menetap di Seri Kembangan di Serdang, Selangor.



Turut dikongsi Linda di Instagram mengenai servis penghantaran makanan.

Linda yang merupakan ibu kepada tiga anak itu bagaimanapun dikejutkan dengan bungkusan mengandungi kek lapis Sarawak dan mangga keesokkan harinya.

"Esoknya saya terkejut dapat bungkusan. Anak saya yang terima bungkusan tu dari luar dan tanya saya ada order apa-apa ke sebab ada rider hantar, saya kata tak ada.

"Menerusi satu nota yang disertakan bersama, rupa-rupanya daripada rider yang hantar kopi tumpah tu. Saya terkejut dan terharu, sebab tak sangka dia lakukan sesuatu untuk hargai saya.

"Katanya kek lapis Sarawak tu isteri dia yang buat. Sedap sungguh, habis licin kami makan. Terima kasih banyak-banyak, semoga terus berkhidmat dengan baik dan jujur," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A