suria

Mula-mula bertahi, kemudian berdarah... ibu muda serik, kenangkan hari-hari menangis saksi derita bayi sulung sakit mata - “Panik tak usah cakaplah...”

Keadaan mata Marissa ketika usianya 14 hari sebelum mendapatkan rawatan (kiri), Marissa sudah berusia 2 bulan dan matanya sudah pulih sepenuhnya (kanan).

IBU mana yang sanggup melihat anaknya menderita kesakitan apatah lagi ketika usia si anak masih belasan hari.

Segala macam perasaan ditanggung oleh si ibu kerana terlalu bimbang penderitaan ditanggung si kecil.

Panik, sedih malah perasaan bersalah turut menyelubungi diri ibu ini kerana bimbang dia tidak berusaha sedaya upaya untuk memastikan bayinya mendapatkan rawatan terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... bapa ‘pergi’ ketika anak nak masuk dewan bedah operate mata, selesai pembedahan anaknya ‘tolak’ nasihat doktor... pilih menangis, tahan kesakitan!

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas hitamkan mata anak suka main telefon, wanita ini dedah dirinya pula ‘disekolahkan’ si kecil ketika syok layan filem Tamil

Begitulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang ibu muda yang hanya mahu dikenali sebagai Syira, apabila secara tiba-tiba mata bayinya membengkak dan berdarah.

"Masa awal-awal tu kami perasan mata kanannya seperti ada tahi mata sedikit tapi memang tak jangka boleh jadi makin teruk. Ketika usianya 14 hari, memang ketara nampak banyak tahi mata pada mata kanannya sampaikan tak boleh celik.

"Kami ke klinik dan diberikan ubat titis sebab tak ada ubat untuk bayi. Tapi keadaan matanya makin teruk, malah masa kami cuba lap, tiba-tiba keluar darah pula.



Selepas menjalani enam kali rawatan, kedua-dua mata bayi sulung Syira pulih sepenuhnya dalam masa sebulan.

"Panik tak usah cakaplah... saya pula pertama kali bergelar ibu, bila jadi macam ni memang sedih sangat sebab tengok keadaan baby sendiri," ujar wanita berusia 25 tahun ini ketika bercerita mengenai anak sulungnya, Qaseh Marissa Sofia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tidak mahu berlengah, Syira dan suami segera membawa bayi mereka ke hospital sebelum akhirnya dirujuk kepada pakar mata.

Ujar Syira, ketika prosedur rawatan di mana doktor mencuci mata bayinya, dia tidak dapat menahan tangis apabila terdengar si kecilnya meraung.

Panik tak usah cakaplah... saya pula pertama kali bergelar ibu, bila jadi macam ni memang sedih sangat sebab tengok keadaan baby sendiri.

SYIRA

IBU

"Sudahlah saya sendiri masih berpantang, menangis pula tak berhenti mengenangkan kesakitan baby. Selepas mata kanan, kemudian mata kiri pun turut berjangkit... bengkak dan berdarah.

"Memang kami berulang bertemu pakar mata kerana mahu mata anak sihat kembali. Enam kali berulang untuk rawatan cuci luka... dalam tempoh sebulan jugalah, baharu kedua-dua mata bayi kami pulih.

"Alhamdulillah... kini bayi kami dah makin pulih sepenuhnya. Usianya pun dah dua bulan dan makin keletah," ujar Syira yang menetap di Bandar Baharu, Kedah.

Cerita Syira lagi, dia dan suaminya sangat bersyukur kerana bayi mereka tidak meragam seolah-olah mengerti perasaan yang ditanggung ketika itu.



Qaseh Marissa Sofia, buah hati Syira dan suaminya kini sudah berusia dua bulan.

"Dia macam faham dan tak mahu susahkan hati ibu dan ayahnya... dia hanya meraung semasa cuci luka saja. Selain itu, dia merengek kalau nak susu," ujarnya lagi.

Menurut Syira, dia sekadar memuat naik video mengenai kisah bayinya di aplikasi TikTok kerana mahu berkongsi pengalaman yang dilalui, namun tidak menyangka ia meraih sehingga 1.2 juta jumlah tontonan.

"Tak sangka ramai yang doakan untuk baby malah ada yang beri tips. Terima kasih banyak-banyak.

"Namun selain itu, apa yang saya cuba kongsikan, bersabarlah dengan ujian yang diberikan. Kita diuji tapi ramai yang ujiannya lebih berat.

"Dalam masa yang sama, sebagai ibu bapa yang telah diamanahkan anak oleh Allah, maka kita semestinya akan buat yang terbaik sehabis mampu," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain