suria

“Penat menghilang nak bagi orang lupa” - Muncul semula selepas dipujuk bos, Bobo terus dapat jolokan Raja Parodi... tak kecil hati jika ada tak suka

Kemunculan semula Bobo menerima maklum balas positif netizen.

SEKITAR tahun 2013, nama Bobo meniti di bibir masyarakat seluruh negara selepas dia tampil dengan video parodi lagu Sayang, dendangan asal penyanyi Indonesia, Shae.

Selepas sekian lama menyepi, pemilik nama Mohamad Farezzul Mohamad Kasim itu akhirnya tampil membuat 'comeback' sekitar hujung tahun lalu.

Dalam temubual bersama mStar, dia yang kini berusia 28 tahun sempat memperincikan kisah 'kehilangannya' selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Walau ramai pertikai peluh di wajah, wanita tak kisah berpanas demi video parodi ‘Kuasa Cintamu’

ARTIKEL BERKAITAN: Feeling habis! Video ‘Shah Rukh Khan Terengganu’ atas jambatan angkat bikin gadis tak senang duduk

"Sepanjang tempoh senyap beberapa tahun, Bobo fokus dengan kerja. Bobo bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan.

"Sehinggalah baru-baru ini, syarikat saya bekerja pujuk supaya buat comeback. Mereka yang buat akaun TikTok untuk saya," ujarnya.

Bobo aktif di TikTok sejak tahun lalu.

Kata Bobo, dia bersyukur apabila kemunculan semula dirinya menerima reaksi positif netizen.

Malah katanya, dia tidak sangka masih ada masyarakat di luar sana yang ingat akan dirinya.

Terima kasih sentiasa ingat Bobo. Lepas tu terima kasih juga sebab terima Bobo balik.

BOBO

"Masa senyap, saya nak senyap sampai orang tak kenal. Penat menghilang nak bagi orang lupa, rupa-rupanya orang tak lupa.

"Mungkin budak remaja sekarang tak kenal Bobo. Kebanyakan yang tegur, cam Bobo adalah orang yang dah ada anak.

"Tapi tak adalah ramai sangat pun. Mengenai penerimaan orang, ada juga segelintir yang negatif.

"Tapi saya dari dulu lagi tak pernah ambil hati. Saya terima," ujarnya.

Antara video yang dikongsi di media sosial miliknya.

Dalam pada itu, Bobo dengan merendah diri berasa gembira apabila netizen mengalu-alukan kemunculannya, termasuklah yang menggelarkannya sebagai Raja Parodi yang sebenar.

"Terima kasih sentiasa ingat Bobo. Lepas tu terima kasih juga sebab terima Bobo balik.

"Baca komen pujian, saya rasa alamak... tak payahlah puji, tapi dalam hati senyum," ujarnya berseloroh.

Kata Bobo, dia kini bekerja di sebuah restoran di Kota Laksamana, Melaka.

Kini, dia aktif menghasilkan pelbagai video menghiburkan untuk tatapan peminat di TikTok dan juga Instagram.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain