suria

Walau ramai pertikai peluh di wajah, wanita tak kisah berpanas demi video parodi ‘Kuasa Cintamu’ - “Tak ada baju kembang-kembang macam Tokti, pakai toto je”

Puspa dibantu suami dan rakan-rakannya dalam penghasilan video parodi itu.

USAHA gigih sekumpulan rakan yang membuat parodi video lagu terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berjudul Kuasa Cintamu ternyata menghiburkan ramai.

Dalam video asal, ia memaparkan penyanyi itu menukar kostum dalam masa singkat yang mana ia turut ditiru oleh kumpulan berkenaan.

Menggelarkan diri sebagai kumpulan TikTokers Dekantin, mereka menjalani penggambaran secara spontan pada Ahad petang dan sama sekali tidak menyangka ia bakal menarik perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia nama serupa, ibu pula peminat tegar... Siti Nurhaliza dan emak berpeluk terima kejutan Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dapat SPM 8A tapi dicap biadab... Yang ramai tak tahu dia tinggal di tengah pulau!

Menurut Raudzah Ismail atau lebih mesra disapa sebagi Puspa, 37, dia yang berlakon sebagai penyanyi nombor satu negara dalam video itu cukup teruja dengan reaksi yang diterima.

"Sebenarnya saya dan kawan-kawan rancang nak buat video lain. Tiba-tiba sebelum rakam, mereka bagi idea untuk buat parodi Tokti.

"Jadi kami rakam je secara spontan. Tak ada baju kembang-kembang macam Tokti, pakai je toto (comforter) sebagai baju kedua dalam video tu.

Video behind the scene asal yang memaparkan Siti menukar kostum kuning kepada merah dalam muzik video lagu Kuasa Cintamu yang diparodikan oleh Puspa dan rakan-rakan.

"Kami rakam dalam setengah jam je. Masa tu dah nak hujan, ada bunyi guruh. Dalam video tu, suami yang bantu tukar baju. Kawan-kawan lain tolong rakam dan jadi pembantu," ujarnya kepada mStar.

Menurut pembantu akauntan itu, dia terpaksa menukar kostum sebanyak lima kali berikutan rakaman awal yang dibuat tidak mencapai kualiti yang diingini.

Malah, dia yang kepanasan turut berpeluh sehingga hal itu turut diperkatakan netizen menerusi ruangan komen.

Nama pun parodi, tak akan sama dengan video asal. Tak akan jadi sama sebiji.

PUSPA

"Lima kali take, lima kali lah kena pakai baju kuning tu. Kemudian dalam video, tukar baju merah pula.

"Shoot video pun di halaman rumah saya je. Ada yang mengata sebab muka berpeluh-peluh bila zoom.

"Panas, baju dua lapis. Tapi saya tak kisah, dah banyak kali kena kecam. Kami jenis tak kisah, hati kering. Yang sokong pun ramai," ujarnya yang menetap di Putrajaya.

Kata Puspa, parodi itu dirakam dalam masa setengah jam sahaja.

Menurut Puspa lagi, penghasilan video TikTok bukan lagi sekadar hobi, malah ia turut dijadikannya kerjaya sambilan.

"TikTok dah jadi part time job saya, bukan setakat hobi. Dah jadi naluri, rasa tak boleh kalau sehari tak buat TikTok.

"Kepada yang komen-komen, kalau nak tegur boleh je direct message (DM) saya. Saya terima teguran untuk perbaiki diri.

Puspa tidak kisah dengan segala komen yang ditinggalkan dan berterima kasih dengan sokongan yang diterima.

"Yang mana sokong, terima kasih saya ucapkan. Ada juga yang bandingkan saya dengan Tokti.

"Nama pun parodi, tak akan sama dengan video asal. Tak akan jadi sama sebiji," ujarnya lagi.

Untuk rekod, video Kuasa Cintamu nyanyian Siti dimuat naik di YouTube pada 1 Disember lalu dan menerima lebih sejuta tontonan setakat Isnin.

Malah, video behind the scene yang memaparkan Siti menukar baju merah kepada baju kuning dalam masa singkat turut tular sehingga ia dihasilkan semula secara parodi oleh Puspa dan rakan-rakannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain