suria

Berbaloi! Insiden marahkan anak cetus idea hasilkan video pertandingan di saat akhir... aksi 2 beradik bijak berpantun dipilih juara

Kepetahan dan mesej yang disampaikan menerusi pantun melayakkan dua beradik ini memenangi pertandingan video kreatif Maulidur Rasul anjuran Jakim.

PERNAH beberapa kali tular video kepetahan si cilik ini berpantun, kini dengan kemahiran itu dua beradik ini memenangi pertandingan video kreatif Maulidur Rasul anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil pilihan netizen.

Dua beradik ini yang bernama Raja Farhana Raja Faizul dan Raja Muhammad Mikael Raja Faizul, yang masing-masing berusia tujuh dan lima tahun sering kali menjadi tumpuan netizen dengan gelagat dan bakat mereka.

Video yang dimenangi bertajuk Baba itu ternyata menyentuh hati penonton dan ia sangat berkait rapat dengan keadaan sebenar yang dialami oleh masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang rare! Si cilik tak kekok berpantun loghat Nogori, kata bapanya anak tiru gaya Abon - “Gifted tu... dia memang cepat tangkap”

ARTIKEL BERKAITAN: Selambanya 2 beradik petah berpantun tegur ahli politik tatkala Covid-19 melanda... sampaikan Tunku Azizah pun share - “Bukan niat nak kutuk”

Video Baba mengisahkan mengenai seorang bapa yang stres disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak memberi tumpuan terhadap anak yang menyebabkan anak mereka menganggap gadget sebagai bapa mereka.

"Memang last minute saya dapat idea untuk video itu.

"Saya bersama anak-anak menghasilkannya sehari sebelum tarikh tutup pertandingan video kreatif, sempena Maulidur Rasul 1442 Hijrah.



Dua beradik ini bergambar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Alhamdulillah.. Saya bersyukur memenangi pertandingan ini selepas mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan netizen.

"Motif saya menghasilkan video itu sebenarnya ingin menyampaikan mesej yang sangat bermanfaat di hari yang mulia itu seperti mana dinasihatkan Rasulullah untuk menjaga dan mendidik anak-anak," kata Raja Faizul, bapa kepada dua beradik itu ketika dihubungi mStar.

Berkongsi pengalaman menghasilkan video tersebut, katanya, idea itu tercetus apabila dia memarahi anaknya iaitu Mika dan Hana, dua hari sebelum itu.

Raja Faizul turut akui, walaupun sepanjang masa bersama anak-anak di rumah, dia masih sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka.



Dua beradik ini mendapat perhatian ramai kerana kepetahan mereka menyampaikan pantun.

"Dua hari sebelum menghasilkan video itu, saya ada marah anak-anak dan menegur mereka. Jadi dari situlah saya mendapat idea untuk kandungan video ini.

"Video nak bawa nama Rasulullah bukan senang, dan bukan satu video yang boleh direka ikut suka. Saya ceritakan pada anak apa mereka perlu lakukan, dan selebihnya itu mereka yang banyak menyesuaikan diri dan menghayati jalan cerita itu.

"Saya mengaku saya sendiri ada masanya lalai dengan penggunaan telefon, jadi daripada video itu, ia sedikit sebanyak menyedarkan diri saya dan jika is dapat memberi kesan kepada masyarakat saya rasa sangat bersyukur," jelasnya.

Dua hari sebelum menghasilkan video itu, saya ada marah anak-anak dan menegur mereka. Jadi dari situlah saya mendapat idea untuk kandungan video ini.

RAJA FAIZUL

BAPA

Ujarnya lagi, berdasarkan pengalaman dia tidak memberi anak-anaknya kebebasan menggunakan telefon pintar seperti kanak-kanak yang lain.

"Sebolehnya saya memang mengehadkan penggunaan telefon kepada mereka kerana khuatir nanti susah untuk fokus dan terima arahan.

"Walaupun penggunaan teknologi penting untuk anak-anak pada zaman ini, saya rasa perlu mengehadkannya kerana takut di masa depan nanti saya tidak dapat kawal mereka," jelasnya.



Raja Farhana dan adiknya, Raja Muhammad Mikael sering bergandingan ketika berpantun.

Dia turut menjelaskan bahawa video-video yang dihasilkan itu bertujuan untuk mendidik diri sendiri dan keluarga.

Banyak ilmu tauhid dan pengetahuan Islam seperti perasaan cintakan Allah dan Rasulullah diterapkan dalam video tersebut.

Sejak 2018, apabila tularnya video anaknya petah berpantun hingga hari ini dia akui banyak menerima komen-komen positif dan doa daripada netizen.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain