suria

Pelajar kongsi cara senang bangun tengah malam solat Tahajud, reaksi warga TikTok amat mengejutkan

Video yang dihasilkan Fatin tular di aplikasi TikTok.

APABILA bercerita mengenai solat sunat Tahajud, ramai dalam kalangan kita sebenarnya teringin untuk melakukan ibadah itu.

Namun kadang-kala, ia terhalang apabila kita berasa malas dan susah untuk bangun dari tidur pada waktu awal subuh.

Di aplikasi TikTok, seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Fatin Nabila Ahmad Zainuddin, 22, berkongsi video mengenai ibadah itu yang mana ia menerima reaksi yang cukup positif dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar jurusan dakwah terkejut video TikTok isu LGBT boleh hit, ramai rasa nak berubah

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah

Diinspirasikan daripada apa yang dipelajari menerusi kelas bersama pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, dia yang mesra disapa Fatin berkongsi satu kaedah yang digelar sebagai movie mind menerusi video berkenaan.

"Saya berkongsi kaedah movie mind yang mana sebelum kita tidur, kita cuba bayangkan apa yang akan terjadi esok.

"Sebelum tidur kita bayangkan esok kita bangun pagi dalam keadan tenang, pakai telekung yang cantik dan wangi, bayangkan kita solat dengan khusyuk dan sebagainya.

"Idea itu saya sendiri dah lalui dan ia berkesan. Jadi saya nak kongsi dengan orang lain juga," ujarnya.

Menurut Fatin yang turut bekerja secara sambilan sebagai tutor bahasa Inggeris, dia bersyukur apabila video yang dikongsi sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat orang di luar sana.

Malah katanya, dia yang mula berjinak-jinak dengan TikTok pada hujung tahun lalu sama sekali tidak menyangka video yang dikongsi akan menerima ratusan ribu jumlah tontonan.

Fatin merupakan penuntut UIAM,

"Allahuakhbar, saya tak pernah sangka... selain video movie mind untuk solat Tahajud, saya juga ada kongsi video wirid untuk elakkan rasa bimbang.

"Terharu sebab dapat reaksi positif. Ia sangat membantu untuk bangun Tahajud, pada masa sama saya risau dengan diri sendiri.

"Saya cuma berdoa agar sentiasa jadi rendah diri dan taat pada Allah dan ibu bapa, supaya ikhlas berkongsi semua video tu.

Kelas itu bertujuan untuk mengajar kita memperbaiki bacan al-Quran dan dijalankan secara percuma secara dalam talian.

FATIN

"Sebelum ini saya ada baca buku mengenai wirid dan doa Nabi Muhammad SAW, saya rasa ruginya kalau orang tak tahu. Jadi saya kongsi video-video itu di TikTok.

"Saya buat bukan untuk kejar jumlah tontonan, InsyaAllah saya akan terus konsisten kongsi video bermanfaat untuk semua," ujarnya.

Antara video lain yang turut tular di TikTok milik gadis itu.

Tambah Fatin, dia menyifatkan semua perkara yang berlaku merupakan satu kurniaan atas keizinan Allah dan sebagai orang muda, dia hanya mahu menyampaikan informasi berguna kepada netizen menerusi aplikasi video itu.

Dalam pada itu, Fatin turut berkongsi perancangannya untuk menganjurkan kelas al-Quran besar-besaran pada bulan Ramadan ini.

"Kelas itu bertujuan untuk mengajar kita memperbaiki bacan al-Quran dan dijalankan secara percuma secara dalam talian.

"InsyaAllah saya akan kongsikan update dari semasa ke semasa menerusi media sosial," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain