“Sekarang siapa perbodohkan siapa?” - Tawaran lumayan, pemuda usia 22 tahun ‘test market’ jadi anak ikan sugar mummy - Viral | mStar

“Sekarang siapa perbodohkan siapa?” - Tawaran lumayan, pemuda usia 22 tahun ‘test market’ jadi anak ikan sugar mummy

Seorang pemuda menawarkan diri untuk memberi khidmat kepada sugar mummy kerana bayaran lumayan.

TAWARAN kerja dengan bayaran lumayan RM5,000 ke atas menarik minat seorang pemuda apabila dia hanya perlu memberi servis kepada sugar mummy

Menurut ejen yang bernama Mira, mereka yang berkelayakan akan diambil bekerja sebagai ‘anak ikan’ dan berkhidmat dengan sugar mummy atau sugar daddy yang cantik dan kacak serta kaya-raya di semua lokasi di Malaysia dan Singapura.

“Sejak aku buat akaun Twitter, dah 38 sugar mummy follow aku. Aku dah cuba tawar diri ni. Moga dapatlah sugar mummy,” menurut perkongsian seorang pemuda di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Syarat melampau cari bini, ahli perniagaan dilabel 'sugar daddy' tawar elaun RM10k, simpanan RM150k

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 'Sugar Baby' Serendah RM400

Malahan, menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp, pemuda tersebut bertanya sama ada upah RM5,000 sebagai ‘anak ikan’ itu untuk bayaran seminggu atau sebulan.

Perkongsian seorang pemuda mengenai sugar mummy.

Bercakap kepada mStar, pemuda yang baru berusia 22 tahun itu mengakui menghantar mesej pertanyaan kepada ejen berkenaan selepas akaun Twitternya menerima beberapa pengikut yang menawarkan servis untuk sugar mummy atau sugar daddy.

Walaupun tawaran itu dianggap luar biasa kerana bayaran lumayan, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nabil bagaimanapun menafikan mahu menjadi ‘anak ikan’.

“Saya pun tak tahu kenapa ada beberapa ‘ejen’ follow akaun Twitter saya. Kalau sebab saya muda, itu saya tak pasti. Saya tahu mereka ni semua scammer.

“Jadi, saya test market nak tengok sama ada mereka boleh memperbodohkan saya atau saya yang memperbodohkan mereka,” katanya kepada mStar.

Nabil mahu 'test market' untuk melihat taktik ejen.

Nabil yang berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur itu berkata, dalam perbualan awal bersama ejen tersebut, dia diminta untuk menyatakan pilihan umur dan bangsa sugar mummy, antara Melayu dan Cina berumur antara 30 dan 48 tahun.

Malahan dia turut menerima beberapa gambar wanita muda, cantik dan seksi untuk dipilih hanya seorang sebagai pelanggan, dan difahamkan perlu menjalinkan hubungan intim bersama pelanggan tersebut.

“Memang cantik-cantik, ada yang macam orang tempatan. Tapi saya pasti itu semua gambar-gambar palsu milik orang lain.

Scammer macam ni akan target anak-anak muda macam saya. Janganlah terpengaruh walaupun terdesak sebab susah nak cari kerja.

NABIL

“Saya ada terima mesej daripada seorang pengguna Twitter yang mendakwa salah seorang daripada foto wanita yang saya tunjuk itu adalah dirinya dan minta supaya diturunkan kerana dia bukan sugar mummy sebagaimana yang disebut ejen tersebut.

“Saya juga ada hantar gambar-gambar palsu kepada ejen berkenaan sebelum diberitahu terdapat terma perjanjian untuk diikuti,” ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Antara perbualan awal antara Nabil dan ejen.

Nabil yang bekerja sebagai jurujual kemudian dimaklumkan supaya membayar sejumlah bayaran fi pendaftaran bagi mendapatkan surat pengesahan tawaran kerja.

“Saya minta terma perjanjian itu, tapi ejen tu kata kena bayar fi dahulu sebanyak RM1,090. Saya pun layankan saja, dan beritahu sanggup bayar sebab nak dapat upah.

“Agaknya sebab saya terlalu yakin ada duit nak bayar, dia terus syak yang saya mempermainkan dia. Sekarang siapa perbodohkan siapa?” kata Nabil secara berseloroh.

Nabil diminta untuk membayar fi pendaftaran sebelum mendapat surat pengesahan tawaran.

Berdasarkan semakan mStar, nombor telefon ejen bernama Mira itu tidak dapat dihubungi dan dipercayai berada di luar kawasan, manakala akaun Twitter yang mempromosikan servis untuk sugar mummy dan sugar daddy itu telah dinyahaktifkan.

Scammer macam ni akan target anak-anak muda macam saya. Tapi dia silap oranglah, sebab saya sendiri sudah bekerja dan tak mudah terpengaruh dengan benda-benda yang tak bermoral ni.

“Kepada anak-anak muda, janganlah terpengaruh walaupun terdesak sebab susah nak cari kerja. Jangan sebab nak cari duit mudah, anda tak fikir baik dan buruk,” kata Nabil.

anak ikan , sugar mummy , sugar daddy

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain