suria

44 penumpang berdepan detik cemas, bas persiaran terbakar di plaza tol

Bas persiaran yang terbakar dalam kejadian di Plaza Tol UPM. Foto JBPM

SERAMAI 44 penumpang berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar, dekat Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) dI Serdang, pagi Ahad.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.

"Seramai 44 penumpang dan seorang pemandu berjaya menyelamatkan diri.

"Kebakaran itu juga mengakibatkan pondol tol mengalami kerosakan 10 peratus," katanya ketika dihubungi.

Tiada mangsa cedera dalam kejadian itu.

Terdahulu, lorong keluar Plaza Tol UPM ditutup sementara untuk siasatan lanjut dan kerja-kerja struktur berikutan insiden kebakaran pada pagi Ahad, kata PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Terkini, dalam hantaran di Facebook, PLUS memaklumkan bahawa lorong keluar di Plaza Tol UPM telah dibuka semula.

"Lorong keluar di Plaza Tol UPM telah dibuka. Pandu berhati-hati," katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain