suria

Rumah dipecah masuk, nenek berusia 91 tahun maut disamun

Warga emas itu maut dipercayai disamun selepas kediamannya dipecah masuk.

SEORANG wanita warga emas ditemui mati selepas dipercayai disamun oleh seorang lelaki yang memecah masuk kediamannya, dalam kejadian awal pagi Jumaat.

Mangsa yang dikenali sebagai Misah Md Amin, 91, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dapur oleh jirannya di Kampung Pulai Darat, Merlimau, Melaka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.45 pagi.

Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia ketika tiba di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita seram tengok CCTV! Nampak pak guard pecah masuk rumah, selamba buka baju, seluar... siap ‘cari’ guna WhatsApp call

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi bising dari dapur rumah mangsa kira-kira jam 2 pagi.

Jiran tersebut kemudian terlihat kelibat seorang lelaki melarikan diri dari tempat kejadian, ketika dia bergegas ke rumah mangsa untuk membantu.

Mohd Fadzli berkata, seorang suspek berusia 20 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau menambah suspek mempunyai rekod jenayah dengan tiga kesalahan berkaitan samun sebelum ini. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain