suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas bawa pelajar UPSI terbabas masuk gaung, 11 cedera

Bas yang membawa kira-kira 60 pelajar UPSI terbabas ke dalam gaung.

SEBUAH bas yang membawa kira-kira 60 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas ke dalam gaung di Jalan Slim Lama, menyebabkan 11 orang cedera.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pemandu bas berkenaan turut cedera dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.30 malam Rabu (9 Nov) itu.

"Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.

"Punca kemalangan sedang disiasat, dengan laporan penuh akan menyusul," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Difahamkan, kawasan tempat berlakunya kemalangan tidak mempunyai lampu jalan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang kebetulan melalui kawasan itu semasa program kempennya, turut berhenti untuk meninjau keadaan.

"Lega kerana semua pelajar dan pemandu selamat.

"Inilah sebabnya saya berjanji untuk menerangi jalan-jalan utama (di Tanjung Malim) seperti yang dinyatakan dalam manifesto saya," kata Dr Mah, yang bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Malim.

"Jalan raya yang terang boleh membantu mengelakkan kemalangan," tambahnya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain