suria

Adik kongsi berita gembira, Jahidah selamat lahirkan bayi lelaki

Jahidah koma sejak dipukul suaminya dalam kejadian pada 4 Mei lalu.

WANITA hamil yang koma selepas dibelasah suaminya, Jahidah Nordin, selamat melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, malam Selasa.

Berita tersebut dikongsikan adiknya, Fauziah Nordin, 40, menerusi satu hantaran di Facebook.

"Alhamdulillah kak Jahidah sudah lahirkan baby, pembedahan kecemasan pukul 9 (malam). Esok kena ke hospital tengok baby.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tak sangka kandungan kakak koma enam bulan masih bertahan, doktor siap sedia bedah keluarkan bayi

"Sekarang keadaan kakak kena pantau 24 jam," tulisnya pada perkongsian tersebut.

TONTON VIDEO BERKAITAN

Jahidah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ sejak 22 November lalu tetapi pihak keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.

Kisah Jahidah yang menjadi mangsa keganasan suami sendiri mendapat liputan meluas media sebelum ini.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, 43, yang sedang hamil empat minggu ketika itu parah selepas disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Wanita itu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Pada 17 Jun lalu, suami Jahidah, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN

Artikel Lain