suria

Malaysia rekod 4,879 kes baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 4,879 kes baharu Covid-19 pada Selasa.

SEBANYAK 4,879 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa.

Angka terbaharu itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Isnin iaitu 4,087 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Terus menurun.. Malaysia catat 4,087 kes baharu Covid-19

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,632,782, kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Lain