suria

Pemulihan bekalan air di sekitar Lembah Klang capai 50.6 peratus

Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) siap dilaksanakan pada Khamis. Gambar hiasan

PROSES pemulihan di 998 kawasan sekitar Lembah Klang yang mengalami gangguan bekalan air, telah mencapai tahap 50.6 peratus, setakat pukul 9 pagi Jumaat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan pada Jumaat memberitahu, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Kawasan Shah Alam merekodkan peratusan pemulihan tertinggi dengan 92.3 peratus, diikuti Hulu Selangor (89.3 peratus), Kuala Selangor (75.6 peratus), Petaling (73.3 peratus); Gombak (59.9 peratus) dan Klang (7.1 peratus).

ARTIKEL BERKAITAN: Air Selangor: Kerja penyelenggaraan berjadual selesai, bekalan air disalur secara berperingkat

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air bermula 13 Oktober ini, warga Selangor, Kuala Lumpur sila simpan air secukupnya!

"Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," menurut satu di laman Facebook Air Selangor.

status pemulihan

Status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com

Penduduk di 998 kawasan sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air, Rabu lalu berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada pukul 11 malam, 13 Oktober ini.

Antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain