suria

Individu balik kampung di Teluk Intan dari negeri lain positif Covid-19

Lakukan ujian kendiri air liur sebelum pulang ke kampung. - gambar hiasan. foto FAIHAN GHANI/The Star

SEORANG individu yang pulang ke kampung di Teluk Intan dari negeri lain disahkan positif Covid-19.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak berkata, mereka menerima makluman mengenai perkara itu pada Rabu.

"Kes tersebut merupakan kontak rapat kepada kes positif dari negeri di selatan tanah air.

"Individu berkenaan menunjukkan gejala beberapa hari. Ujian swab didapati positif," kata jurucakap itu menerusi satu posting di laman Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.

"Seluruh anggota keluarga perlu menjalani kuarantin," tambah jurucakap itu.

Jurucakap itu menasihatkan mereka yang mahu pulang ke kampung masing-masing perlu melakukan ujian air liur terlebih dahulu.

"Kit kendiri ini tidak mahal berbanding keselamatan keluarga anda di kampung halaman.

"Jangan jadikan kepulangan anda satu tragedi," kata jurucakap itu.

"Sekiranya dikesan positif, tangguhkan perjalanan pulang ke kampung dan hubungi pejabat kesihatan daerah berhampiran," tambah jurucakap itu. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain