suria

Negara catat 8,084 kes baharu Covid-19

Negara mencatatkan 8,084 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

SEBANYAK 8,084 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu, sedikit meningkat berbanding angka yang dicatatkan pada Selasa iaitu 7,950 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,369,613 kes kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia rekod 7,950 jangkitan baharu

Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata negara hari ini merekodkan 12,456 kes sembuh, jauh melebihi jumlah kes harian baharu.

Katanya, 1.6 peratus daripada 8,084 kes baharu yang direkodkan adalah dari kategori tiga, empat dan lima.

Tujuh belas kluster baru direkodkan di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Selangor, Melaka, Perak dan Kelantan.

Sembilan daripadanya melibatkan kluster di tempat kerja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, KKM, Noor Hisham

Artikel Berkaitan

Artikel Lain