suria

Air Selangor: Kerja penyelenggaraan berjadual selesai, bekalan air disalur secara berperingkat

Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksanakan pada pukul 5.00 pagi, Khamis. Gambar hiasan

KERJA-KERJA penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksanakan pada pukul 5.00 pagi, Khamis, demikian menurut kenyataan Air Selangor.

Syarikat konsesi air itu juga memaklumkan sehingga pukul 6 pagi, sistem rawatan air di LRA SSP1 telah distabilkan dan bekalan air telah mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air bermula 13 Oktober ini, warga Selangor, Kuala Lumpur sila simpan air secukupnya!

"Bekalan kepada para pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat pada pukul 5.00 petang, 14 Oktober 2021," katanya.

Tambahnya laggi, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

"Air Selangor terus menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV)," katanya lagi.

Sebelum ini, sebanyak 998 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dilapor bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual sehingga 16 Oktober ini. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain