suria

Kerajaan umum pelaksanaan Urus, program komprehensif bantu peminjam B50 terjejas

Menurut Perdana Menteri, Urus merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

KERAJAAN mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus) oleh sektor perbankan dalam usaha membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Urus yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

Katanya, ia turut merangkumi peminjam yang berada dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Harus bersepakat selamatkan 'Keluarga Malaysia', fokus dua objektif utama mendepani Covid-19 - Ismail Sabri

Antara kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah.

"Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Ismail Sabri, Urus telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Menurutnya, butiran selanjutnya mengenai program Urus akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

"Inisiatif oleh sektor perbankan jelas mencerminkan semangat Keluarga Malaysia dan melengkapkan usaha kerajaan untuk membantu golongan peminjam B50 yang sebelum ini telah pun mendapat manfaat dari program moratorium yang diumumkan di bawah pakej-pakej bantuan dan rangsangan kerajaan sejak Mac 2020," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain