suria

Selepas Langkawi... Pulau Redang, Pangkor, Tioman, Perhentian bakal dibuka tak lama lagi?

Pulau Perhentian merupakan antara destinasi pelancong yang dijangka dibuka dalam waktu terdekat, menerusi gelembung pelancongan. foto Adi Farhan/ TOT/ MASOC

SELEPAS Pulau Langkawi, beberapa destinasi pelancongan dijangka dibuka kepada orang ramai seperti Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman serta Pulau Perhentian dalam waktu terdekat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan pada masa akan datang itu berdasarkan gelembung pelancongan yang berpotensi di negara ini.

Menurutnya, ketetapan itu susulan pelaksanaan Pulau Langkawi sebagai projek rintis di bawah program gelembung pelancongan (travel bubble) bermula 16 September.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan lepaskan peluang ke Langkawi dengan pelbagai tawaran menarik ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Jom melancong! Semua pelancong domestik kecuali dari kawasan PKPD boleh bercuti ke Langkawi

"Sekiranya berjaya (projek rintis), lebih banyak gelembung pelancongan berpotensi akan diteruskan ke destinasi-destinasi peranginan lain seluruh negara seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman," katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat di Parlimen, pada Isnin.

Nancy berkata, pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan itu merupakan antara usaha memulihkan industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Apabila projek Langkawi berjaya, kita akan mulakan interstate travel (pelancongan antara negeri) sedikit masa lagi, sebab banyak negeri sudah capai Fasa Empat (Pelan Pemulihan Negara)," katanya.

Beliau berkata, antara lain Langkawi dipilih sebagai projek rintis kerana ia mempunyai lapangan terbang antarabangsa.

"Kementerian sudah mengadakan beberapa perbincangan antara agensi," tambahnya..

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain