suria

Jom melancong! Semua pelancong domestik kecuali dari kawasan PKPD boleh bercuti ke Langkawi

Kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah PKPD.

PULAU peranginan Langkawi, Kedah boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara bermula 16 September ini.

Pemakluman berhubung prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan (travel bubble) projek rintis Pulau Langkawi itu diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri pada Khamis petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita gembira! Sektor pelancongan dibuka semula bermula dengan Langkawi, destinasi lain bakal menyusul

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pulau itu boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP termasuklah pelancong dari negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Walaubagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," ujar beliau.

Tambah Nancy, pelancong yang menggunakan jalan darat perlu menggunakan khidmat agensi pelancongan, namun ketetapan ini tidak terpakai kepada mereka yang menggunakan pengangkutan udara.

"Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

"Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan." ujar beliau.

1

2

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain