suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Individu lengkap 2 dos vaksin di Selangor, KL, Putrajaya dah boleh rentas daerah... staycation di hotel pun dibenarkan!

Peralihan Lembah Klang ke Fasa 2 berkuat kuasa Jumaat ini. foto:THESTAR

MESYUARAT Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju untuk membenarkan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bagi kawasan Lembah Klang berkuat kuasa pada 10 September 2021.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata keputusan peralihan itu yang membabitkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu dicapai menerusi mesyuarat yang diadakan pada Rabu.

Antara kelonggaran yang diberikan untuk negeri-negeri di dalam Fasa 2 ialah kebenaran merentas daerah dan melancong dalam negeri yang sama dengan melibatkan penginapan di hotel serta homestay bagi individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Dalam pada itu, kelonggaran SOP turut diberikan bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.

Antara ketetapan yang telah diputuskan ialah membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin.

Manakala fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) pula dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin serta perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain