suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Malaysia catat 19,733 kes baharu, Sarawak kekal rekod kes harian tertinggi

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,100 kes.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 19,733 kes baharu, pada Rabu.

Ia menjadikan keseluruhan 1,900,467 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 248,673 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 19,733 kes baharu yang dilaporkan,19,730 kes merupakan penularan tempatan manakala 3 kes adalah jangkitan luar negara.

Sarawak masih lagi merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,100, diikuti Selangor (2,989), Pulau Pinang (2,474) Sabah (2,067), Johor (1,867) dan Kedah (1,564).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 361 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 19,163 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 22,701 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,632,631 kes.

"Sehingga kini, terdapat 904 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 430 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain