suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vaksinasi ‘walk-in’ di Lembah Klang dihentikan mulai 15 September - Dr Adham

Program vaksinasi 'walk-in' akan ditamatkan bermula 15 September. foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

PROGRAM vaksinasi 'walk-in' di Lembah Klang akan dihentikan bermula 15 September ini, kata Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, penduduk Lembah Klang yang masih belum divaksin, boleh mendapatkan imunisasi di klinik kesihatan tertentu bermula 16 September.

"Bilangan mereka yang masih belum divaksin di Lembah Klang adalah sangat kecil, dan anda dapat melihatnya dari segi kehadiran di PPV (pusat pemberian vaksin) sejak kebelakangan ini.

"Berdasarkan pertimbangan itu, saya mahu mengumumkan bahawa program vaksinasi walk-in di Lembah Klang akan dihentikan mulai 15 September," kata Dr Adham.

Dr Adham berkata, program vaksinasi walk-in di negeri-negeri masih diteruskan setakat ini.

"Mereka di negeri lain disarankan untuk mengikuti pengumuman yang dibuat oleh jabatan kesihatan negeri masing-masing untuk program yang dijalankan di sana," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 97.8 peratus orang dewasa di Lembah Klang telah lengkap divaksin. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain