suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korban Covid-19 bertambah 10 lagi, Malaysia rekodkan 2,364 kes baharu

Malaysia rekodkan 2,364 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,364 kes baharu, menjadikan keseluruhan 298,315 kes setakat Sabtu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 27,028 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 2,364 kes baharu yang dilaporkan, 2,363 kes merupakan penularan tempatan dan baki satu kes adalah jangkitan luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 862 kes, diikuti Johor (314) dan Perak (305).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan 10 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,121 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 3,320 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 270,166 kes.

"Sehingga kini, terdapat 190 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 99 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain