suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden bas rempuh tol: Pemandu disahkan positif Covid-19

Pemandu berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh pondok tol.

PEMANDU bas ekspres yang membawa pesakit Covid-19 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Plaza Tol UPM, Serdang pada petang Sabtu, disahkan positif virus berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pemandu bas itu disahkan positif Covid-19 selepas ujian calitan (swab) dilakukan ke atasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rempuh tol, bas bawa pesakit Covid-19 remuk teruk... 6 cedera ringan

Pemandu tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum bas yang dipandunya merempuh plaza tol berkenaan.

Bas tersebut ketika itu dalam perjalanan membawa pesakit Covid-19 daripada Kluster Changkat Jong, Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

"Siasatan menunjukkan bahawa kemalangan itu berlaku sekitar pukul 2 petang. Pemandu dipercayai hilang kawalan, mengakibatkan kenderaan itu merempuh sebuah pondok tol di lorong Touch 'n Go.

"Lapan penumpang dan pemandu bas mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan," katanya. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain