suria

Rempuh tol, bas bawa pesakit Covid-19 remuk teruk... 6 cedera ringan

Keadaan hadapan bas yang remuk selepas merempuh Plaza Tol Serdang.

SEBUAH bas ekspres yang membawa pesakit Covid-19 terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol UPM di Serdang.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang Sabtu, bas berkenaan sedang dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

Difahamkan, enam penumpang cedera ringan dan mereka dibawa ke Maeps untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun keadaan pemandu bas dan seorang pemandu gantian masih belum diketahui.

Menerusi gambar yang tular, kelihatan bahagian depan bas tersebut remuk teruk.

Dipercayai bahawa bas tersebut membawa pesakit Covid-19 dari Kluster Changkat Jong di Perak, yang bertolak pada pukul 10 pagi tadi. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain