suria

Dari Beijing ke KLIA, vaksin Covid-19 Sinovac selamat tiba ke Malaysia pagi ini

Perjalanan vaksin itu dari kilang Sinovac di Beijing, China telah diuruskan oleh Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd.

SELEPAS vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba pada Ahad, satu lagi vaksin turut dibawa masuk ke Malaysia pada hari ini.

Pada 8.55 pagi, Sabtu, pesawat yang membawa vaksin Covid-19 Sinovac selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya kumpulan pertama vaksin Covid-19 tiba di Malaysia pagi ini

Antara kenamaan yang hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bagi menyambut ketibaan vaksin Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China di Kompleks i-secure maskargo, KLIA.

Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Perjalanan vaksin itu dari kilang Sinovac di Beijing, China telah diuruskan oleh Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global.

Ia membabitkan penghantaran sebanyak 200 liter vaksin dalam bentuk cecair secara pukal yang diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 300.

Jumlah tersebut mampu diproses menjadi lebih 300,000 dos daripada 14 juta dos yang dijadualkan diterima Malaysia secara berperingkat yang akan melindungi 22 peratus penduduk di Malaysia. - Sinar Harian.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain