suria

Pemandu Proton Waja dberkas... miliki 6 rekod jenayah, 14 rekod dadah

Lelaki i berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah apartment di Jalan Pluto Seksyen U5 Shah Alam kira-kira jam 11.45 malam.

VIDEO tular melibatkan pemandu Proton Waja ternyata mengundang kemarahan netizen pada Jumaat.

Dalam kejadian di Bulatan Sierramas, Petaling Jaya, Selangor itu, pemandu berkenaan enggan memberi kerjasama dan cuba melarikan diri daripada polis.

Dalam perkembangan terbaharu, suspek ditahan hanya beberapa jam selepas rakannya berjaya diberkas pada hari yang sama susulan insiden ganas mereka melanggar beberapa kenderaan sehingga memaksa polis melepaskan tembakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah apartment di Jalan Pluto Seksyen U5 Shah Alam kira-kira jam 11.45 malam.

"Semakan mendapati suspek yang masih bujang memiliki enam rekod jenayah dan 14 rekod dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958," katanya pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari pada Jumaat, dua suspek terbabit telah dikejar dari Kampung Desa Aman oleh anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sebelum suspek terkepung di lampu isyarat dengan beberapa kenderaan lain.

Suspek juga cuba merempuh kereta polis hingga memaksa salah seorang anggota melepaskan tembakan di tayar Proton Waja terbabit.

Suspek kemudian berjaya melepaskan diri selepas merempuh kenderaan di hadapannya dan memecut ke arah Jalan Kuala Selangor - Sungai Buloh sebelum memberhentikan kenderaannya di tepi jalan kerana kebocoran tayar.

Tambah Nik Ezanee, tindakan pantas Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9) berjaya menemui dadah jenis heroin seberat kira-kira 1.7 gram di dalam kereta suspek.

Katanya, bertindak hasil maklumat, kira-kira jam 6.30 petang, polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 35 tahun yang memiliki lapan rekod lampau kes dadah tidak jauh dari lokasi kereta itu ditinggalkan.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video memaparkan kejadian terbabit yang dirakam orang awam. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain