suria

Penularan Covid-19 rekodkan 3,339 kes baharu, 240 dirawat di ICU

Sebanyak 3,339 kes positif Covid-19 direkodkan pada Ahad. Gambar hiasan

SEBANYAK 3,339 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Ahad, menjadikan keseluruhan 158,434 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 37,782 kes.

Daripada 3,339 kes baharu yang telah dilaporkan, 15 merupakan kes import dan baki 3,324 merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pecah rekod! Malaysia catat 4,029 kes positif Covid-19,8 kematian

Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,314 kes diikuti Sabah (393), Johor (362) dan Kuala Lumpur (334).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 601 kes kematian.

"Untuk rekod semasa, 240 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 93 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada hari ini, 2,676 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 120,051 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain