suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 individu di pusat jagaan orang tua positif Covid-19

Semua yang terlibat telah diasingkan untuk kuarantin. Foto: KK SHAM/The Star

SERAMAI 13 individu di sebuah pusat jagaan orang tua di Ipoh, Perak diuji positif Covid-19.

Menurut Marcus How Kok Peng, pengerusi Rumah Warga Tua Anning, ujian mendapati tujuh warga emas dan enam kakitangan positif wabak berkenaan pada Khamis lalu.

Ujarnya, ia mengejutkan kerana saringan pada Disember mendapati kesemua mereka negatif wabak itu.

Malah, semua yang terlibat telah diasingkan untuk kuarantin.

Dalam pada itu, dia turut menyuarakan rasa terbuka seandainya ada mana-mana pihak yang mahu menyalurkan sumbangan.

"Kami bergantung kepada sumbangan awam. Perbelanjaan bulanan kami boleh mencecah RM40,000.

"Kami terbuka jika ada yang mahu memberi sumbangan," ujarnya. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain