suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beberapa pelajar positif Covid-19, sebuah sekolah di Negeri Sembilan ditutup 2 minggu

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan. -gambar hiasan/foto Bernama

SEKOLAH Tinggi As-Sofa dekat Seremban, Negeri Sembilan ditutup selama dua minggu bermula Khamis (22 Oktober), selepas beberapa pelajar disahkan positif Covid-19.

Pengerusi jawatankuasa kesihatan negeri, S.Veerapan berkata, pihak berkuasa masih meneliti jumlah kes positif.

"Terdapat beberapa kes di sekolah berkenaan.

"Ketua Pengarah Kesihatan akan mengumumkan jumlah sebenar pada Khamis," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, pihak berkuasa kesihatan mula melakukan ujian saringan di sekolah tersebut pada Selasa (20 Oktober), setelah seorang pelajar disahkan positif Covid-19.

Setakat ini, kira-kira 150 pelajar telah menjalani ujian saringan.

Difahamkan, pelajar yang dijangkiti virus itu telah dihantar ke Hospital Rembau. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain