suria

Semakin menonjol, semakin rancak dikecam! Anak teruna arwah Aziz Desa tak menyesal, mStar perjelas segalanya - “Paling ingat dituduh memalukan keturunan”

Zhaeim bakal meraikan hari lahir ke-20 pada 31 Ogos ini.

SELEBRITI media sosial, Mas Zhaeim Zhiddin yang juga anak kepada personaliti televisyen, Allahyarham Aziz Desa mengakui Ogos adalah bulan yang istimewa buat dirinya.

Mesra disapa Zhaeim, dia bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20 pada hari sambutan kemerdekaan negara, 31 Ogos ini.

Selain itu, portal hiburan dan gaya hidup nombor satu Malaysia, mStar juga meraikan ulang tahun yang ke-15 pada bulan Ogos.

Zhaeim sewaktu kecil bersama bapanya, Allahyarham Aziz Desa.

Mengimbas kenangan bersama mStar, Zhaeim mengakui tidak pernah menyesal apabila wajahnya menjadi paparan berita biarpun ada sahaja komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Malah, dia juga sama sekali tidak menyangka bulan kelahirannya dan ulang tahun kewujudan mStar di persada media negara ini diraikan pada bulan yang sama.

"Tak rasa menyesal pun. Sebab saya memang dari dulu jenis tak kisah apa orang nak kata.

Selamat ulang tahun mStar, sama bulan dengan bulan kelahiran saya.

MAS ZHAEIM ZHIDDIN

"Lebih-lebih lagi sekarang saya pun dah agak diam di media sosial, ramai yang dah tak berapa bercakap mengenai saya," ujarnya sewaktu dihubungi.

Kata Zhaeim lagi, dia juga berterima kasih apabila ada isu yang dibangkitkan kepadanya menerusi media sosial dapat dijelaskan semula menerusi mStar.

"Bagi sayalah, saya tak stres (terima kecaman). Tak simpan dalam hati. Tapi paling ingat pasal isu saya dituduh memalukan keturunan arwah Aziz Desa.

Zhaeim pendam hasrat jadi cef berjaya suatu hari nanti.

"Saya dikecam sebab tak bekerja sehebat adik beradik yang lain. Itu laporan mengenai saya yang paling diingati di mStar.

"Walaupun orang kecam, saya tak kisah. Sekurang-kurangnya membantu memberi penjelasan lanjut pasal hal itu," katanya lagi.

Menanam impian untuk menjadi cef terkenal, Zhaeim juga sempat menitipkan pesanan khas kepada mStar sempena ulang tahunnya yang ke-15.

Kata Zhaeim, dia tidak ambil pusing dengan segala kecaman yang dilemparkan.

"Selamat ulang tahun mStar, sama bulan dengan bulan kelahiran saya. Cuma mStar 15 tahun, saya dah 20 tahun.

"Sempena hari lahir saya yang ke-20, saya juga nak fokus jadi cef terkenal. Pesan saya kepada semua, main media sosial elok-elok," ujarnya lagi.

Berikut artikel mengenai Zhaeim yang pernah disiarkan menerusi mStar:

1) Dulu viral wajah iras Putera Mateen, kini bakat anak arwah Aziz Desa jadi bualan, “Dapat banyak view sebab ada yang tak suka, mungkin salah faham kapsyen”

2) “Saya je duduk Langkawi jaga kubur ayah” - Anak arwah Aziz Desa tenang dikutuk cemar keturunan

3) Anak arwah Aziz Desa takut kehilangan ibu, mahu buktikan mampu jadi cef - “Tak indah konvo kalau dia tak ada”

4) Ramai terpegun dengar laungan azan anak arwah Aziz Desa, terbuka siapa nak bagi teguran!

Artikel Lain