suria

26 kes positif Covid-19 direkodkan termasuk 12 jangkitan Kluster Tawar... baru dikesan Kluster Sala di Kedah

Sebanyak 26 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada Sabtu.

SEBANYAK 26 kes positif Covid-19 direkodkan di negara ini pada Sabtu, menjadikan keseluruhan 9,175 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 215 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 positif Covid-19 pada Jumaat, 11 kes daripada Kluster Tawar... terkini Kluster Muda pula dikesan di Kedah

Daripada 26 kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara dan seorang rakyat asing.

Sementara itu, baki 23 kes adalah penularan di dalam negara di mana daripada jumlah tersebut, 12 kes adalah dari Kluster Tawar di Baling, Kedah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesan satu lagi kluster baharu di negeri tersebut iaitu Kluster Sala yang merekodkan emapt kes positif.

Dr Noor Hisham dalam pada itu memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau juga berkata sebanyak tiga kes yang telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,831 kes.

"Sehingga kini, terdapat enam kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Kluster Tawar, Kluster Muda

Artikel Lain