suria

20 positif Covid-19 pada Jumaat, 11 kes daripada Kluster Tawar... terkini Kluster Muda pula dikesan di Kedah

Sebanyak 20 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Jumaat. Foto: Bernama

SEBANYAK 20 kes positif Covid-19 direkodkan di negara ini pada Jumaat, menjadikan keseluruhan 9,149 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 196 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 15 kes positif direkodkan... 72 kluster tamat pemantauan, Kluster Tawar pula dikesan di Kedah

Daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, tujuh kes adalah jangkitan di luar negara melibatkan enam warganegara dan seorang rakyat asing.

Sementara itu, baki 13 kes adalah penularan di dalam negara di mana daripada jumlah tersebut, 11 kes adalah dari Kluster Tawar di Baling, Kedah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesan satu lagi kluster baharu di negeri tersebut iaitu Kluster Muda.

Dr Noor Hisham dalam pada itu memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata sebanyak tujuh kes yang telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,828 kes.

"Sehingga kini, terdapat empat kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Kluster Tawar, Kluster Muda

Artikel Lain