suria

Bakal timang anak kembar lagi! Dr Sheikh Muszaphar gembira, sedia teman isteri tambah berat badan - “Seperti Deja vu sekali lagi”

Dr Sheikh Muszapha berkongsi berita gembira mengenai isterinya kini hamil anak kembar. Foto instagram drsheikhmuszaphar

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal menimang sepasang lagi anak kembar.

Berita gembira itu dikongsi oleh beliau menerusi laman Instagramnya, lewat petang Khamis.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos kini hamil 13 minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Sheikh Muszaphar mula kongsi video ke angkasa,"Saya masih ada beribu rakaman yang belum pernah dilihat"

ARTIKEL BERKAITAN: Dicabar bersumpah bumi rata, jawab Dr Sheikh Muszaphar "Bukan seperti bola, tapi sebiji telur"

"Menjangkakan kembar lagi. Alhamdulillah, syukur teramat.

"Dr Halina kini hamil 13 minggu dengan kembar," katanya.



Dr Sheikh Muszaphar mempunyai anak kembar lelaki, Sheikh Adam (kiri) dan Sheikh Noah (kanan). Foto instagram drsheikhmuszaphar

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa amat gembira dan tidak dapat mengambarkannya dengan kata-kata.

"Ia seperti Deja vu sekali lagi.

"Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar," tambahnya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, hamil anak kembar adalah berisiko tinggi berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.

"Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri.

"Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesakit Covid-19," katanya.



Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagram beliau.

Sehubungan itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata, pengorbanan isterinya sememangnya berhak disanjung.

"Satu-satu perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersama dengannya, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha," ujarnya secara berseloroh.

Dr Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain