suria

Malaysia catat 14 kes baharu Covid-19 pada Khamis, libatkan 6 warganegara

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas orang awam. Foto Bernama

PERKEMBANGAN mengenai wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 14 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,529 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 408 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

"Daripada 14 kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

"Daripada 11 kes penularan di dalam negara, tujuh kes adalah bukan warganegara manakala empat kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes," katanya.

Setakat Rabu, beliau berkata, sebanyak 127 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,000 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Selain itu, empat kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

KKM, kes, Covid-19, Dr Noor Hisham

Artikel Lain