suria

Dr Sheikh Muszaphar mula kongsi video ke angkasa, “Saya masih ada beribu rakaman yang belum pernah dilihat”

Dr Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan pertama negara.

WALAUPUN telah memberikan pandangan mengenai bentuk bumi berdasarkan pengalamannya sendiri di angkasa lepas, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor terus mendapat sindiran.

Kenyataan beliau bahawa ‘ia bukan seperti bola, tetapi lebih kepada sebiji telur’ yang merujuk bumi adalah bentuk sfera atau lebih tepat berbentuk geosfera, menjadi bahan gurauan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dicabar bersumpah bumi rata, jawab Dr Sheikh Muszaphar "Bukan seperti bola, tapi sebiji telur"

Menyindir gambaran itu mungkin merujuk kepada telur penyu, bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad turut menyelar pandangan ‘tidak berapa pasti’ Dr Sheikh Muszaphar memandangkan lebih sedekad angkasawan negara itu ke angkasa lepas. 

Tanpa terus melatah, Dr Sheikh Muszaphar mula berkongsi video misinya ke angkasa lepas, meskipun ia pasti sudah banyak dipaparkan di internet sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin doktor maksudkan telur penyu” - Suhaimi Saad bidas angkasawan negara

Dr Sheikh Muszaphar berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007.

Malah, beliau mendedahkan masih mempunyai ribuan rakaman yang belum pernah dilihat berada dalam simpanannya.

“Saya mahu berkongsi bersama semua mengenai pengembaraan saya ke angkasa. Saya masih mempunyai beribu-ribu rakaman yang belum pernah dilihat, di dalam simpanan saya.

“(Misi) saya dilancarkan dari Baikonaur Kazakhstan – lokasi strategik terbaik. Tawau, Sabah merupakan lokasi paling strategik untuk melancarkan roket di Malaysia.

“Ia berlaku pada  10 Oktober 2007, menaiki (roket) Soyuz TMA-11 mengambil masa lapan minit dan 48 saat untuk sampai ke angkasa,” katanya menerusi perkongsian yang turut dimuat naik video misi ke angkasa bahagian satu di akaun Instagram miliknya, pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sifat bumi bulat, hujah berdasarkan firman Allah SWT - Mufti WP

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Faham’ itu bukan hanya apa kita tahu, tapi apa diberitahu oleh yang benar-benar tahu – PU Amin debat bentuk bumi

Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau mengorbit bumi selama dua hari sebelum beroperasi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Sebelum misi tersebut, beliau dilatih untuk bersiap sedia secara fizikal, mental dan psikologi termasuk untuk tidak takut sepanjang masa.

“Takut saya hanya kepada Allah,” katanya sambil menambah bahawa ibunya memberikan senaskah al-Quran kecil untuk keselamatan dengan peringatan agar membacanya semasa di angkasa.

Kecoh di media sosial apabila Suhaimi (kiri) mencabar angkasawan negara untuk bersumpah mengenai bentuk sebenar bumi.

Menggambarkan ia merupakan pengembaraan yang hebat, impian Dr Sheikh Muszaphar untuk ke angkasa sejak usianya 10 tahun direalisasikan.

Sehubungan itu, Dr Sheikh Muszaphar akan menunjukkan lebih banyak video di angkasa pada minggu ini, mengenai pandangan bumi dari ISS dan perkara yang dilakukannya sepanjang misi tersebut.

“Sudah 12 tahun (sejak misi dilancarkan) tetapi perasaan itu masih segar dalam ingatan,” katanya.

Beberapa hari lalu kecoh mengenai perdebatan bentuk bumi sehingga bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad mencabar Dr Sheikh Muszaphar bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi itu berbentuk sfera.

Dr Sheikh Muszaphar kemudian memberikan pandangannya berdasarkan misi beliau ke angkasa lepas selama 12 hari pada 10 Oktober 2007, dengan menaiki roket Soyuz TMA -11 yang dilancarkan ISS.

"Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, subhanAllah... dan bumi adalah bentuk sfera, atau dengan lebih tepat berbentuk geosfera. Bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain