suria

Sifat bumi bulat, hujah berdasarkan firman Allah SWT - Mufti WP

EKORAN kekecohan dan perdebatan hangat mengenai bentuk bumi sejak beberapa hari lalu, Mutfi Wilayah Persekutuan tampil menegaskan bahawa sifat bumi adalah bulat.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam satu kenyataan pada malam Ahad mengemukakan antara hujah yang menunjukkan bentuk bulat bumi berdasarkan firman Allah SWT.

“(Firman Allah SWT) maksudnya - ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya)

"Para ulama telah bersetuju bahawa sifat bumi adalah bulat. Adapun kebulatannya bukanlah dalam erti kata bulat keseluruhan tetapi boleh jadi bulat yang berbentuk sfera atau bulat seperti sebiji telur. Ini semua boleh dilihat menerusi penemuan moden," kata mufti.

ARTIKEL BERKAITAN: Dicabar bersumpah bumi rata, jawab Dr Sheikh Muszaphar "Bukan seperti bola, tapi sebiji telur"

Dalam kenyataan Bayan Linnas Siri 166 bertajuk Polemik Bumi Rata: Sisi Pandangan Islam itu, Zulkifli berpandangan bahawa kekeliruan golongan penyokong 'flat earth' yang beragama Islam adalah salah faham dalam memahami kalimah al-ardh.

"Apabila Allah SWT menyebutkan al-ardh, ia menunjukkan kepada tanah tempat kita berpijak yang kita lihat disekeliling kita. Ia tidak merujuk kepada planet bumi seperti yang difahami oleh mereka," katanya.

Zulkifli turut merujuk kepada pengesahan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menyatakan bumi berbentuk sfera atau lebih tepat adalah, tidak seperti bola tetapi seakan-akan bentuk telur.

Kecoh media sosial apabila Suhaimi mencabar angkasawan negara untuk bersumpah mengeai bentuk sebenar bumi.

"Justeru, kami nyatakan bahawa penafian sifat bulatnya bumi adalah pendapat yang tersilap, sementalahan lagi ia bertentangan dengan ijma' yang tidak boleh dibangkangnya," ujarnya yang merujuk ijma' sebagai kesepakatan para ulama dalam menetapkan sesuatu berasaskan Al-Quran dan hadis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin doktor maksudkan telur penyu” - Suhaimi Saad bidas angkasawan negara

Mengenai pandangan ulama, Zulkifli berkata, golongan itu telah lama membahaskan isu tersebut, malah sebahagian mereka membincangkannya lebih 1,000 tahun.

Justeru, katanya, kefahaman tersebut menunjukkan Islam telah memimpin dunia dari sudut keilmuan dan makrifah alam jauh mendahului mana-mana negara yang hebat di muka bumi.

"Keterbatasan pancaindera kita membuatkan kita tidak mampu untuk memahami ayat ini hanya dengan merujuk teks atau terjemahan semata-mata tanpa melihat tafsiran para ulama dan juga fakta-fakta dari sudut ilmu falak dan astronomi.

"Apatah lagi berhujah semata-mata dengan apa yang kita lihat di hadapan mata kita yang sudah tentu sangat jelas keterbatasannya. Pancaindera semata-mata tidak akan mampu membantu kita menggapai kebenaran," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Faham’ itu bukan hanya apa kita tahu, tapi apa diberitahu oleh yang benar-benar tahu – PU Amin debat bentuk bumi

Beberapa hari lalu kecoh mengenai perdebatan mengenai bentuk bumi sehingga bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad mencabar Dr Sheikh Muszaphar bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi itu berbentuk sfera.

Dr Sheikh Muszaphar kemudian memberikan pandangannya berdasarkan misi beliau ke angkasa lepas selama 12 hari pada 10 Oktober 2007, dengan menaiki roket Soyuz TMA -11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

"Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, subhanAllah... dan bumi adalah bentuk sfera, atau dengan lebih tepat berbentuk geosfera. Bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain