Nasi beriani kambing, ayam varuval menu istimewa air tangan Sugu Pavithra buat PM

Youtuber Masakan, S.Pavithra,28, (kiri) bersama suaminya M.Sugu,29 teruja selepas melihat video Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebut nama mereka semasa mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung di seluruh negara hari ini. Foto: Bernama

NASI beriani kambing, kuah dal dan ayam varuval adalah antara menu yang dijanjikan akan dimasak oleh pasangan YouTuber 'Sugu Pavithra' jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkunjung ke rumah mereka.

S. Pavithra, 28, berkata menu itu dipilih kerana nasi beriani merupakan antara sajian istimewa lebih-lebih lagi jika dimasak bersama kambing khas untuk tetamu istimewa.

Wanita itu berkata ayam varuval adalah antara masakan popular masyarakat India dan ia merupakan ayam yang digoreng garing sebelum dimasak dengan bahan-bahan tertentu untuk kuah kering.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih PM” - Sugu Pavithra

ARTIKEL BERKAITAN: Terima kasih Sugu dan Pavithra, kamu buka mata teman tentang erti kebahagiaan!

"Jika Perdana Menteri datang ke rumah saya, itulah yang saya akan masak walaupun agak mudah dan ringkas, tetapi rasanya sangat lazat," katanya ketika ditemui di Menglembu, Ipoh pada Jumaat.

Menurut isteri kepada pekerja ladang, M. Sugu, 28, mereka sama sekali tidak menyangka Perdana Menteri akan menyebut nama mereka semasa mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung di seluruh negara.

"Kenapa kami, memang tidak percaya kerana kami hanya orang biasa sahaja?" soal Pavithra yang seolah-olah tidak percaya namanya dan suami akan kedengaran di kaca televisyen dan radio petang ini.

Menghargai keprihatinan Perdana Menteri kepada mereka, Pavithra berkata mereka akan meningkatkan usaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan, seterusnya memperbaiki kehidupan.

"Kalau ada kemampuan, kami nak buka kedai makan seperti mana saranan Perdana Menteri," kata ibu kepada dua anak itu.

Muhyiddin, semasa mengumumkan PENJANA, berkata mendoakan agar Sugu dan Pavithra dapat meningkatkan kemahiran dan membuka kedai makan satu hari nanti.

"Bolehlah kita merasa ayam varuval mereka," kata Muhyiddin, yang telah memberikan beberapa hadiah kepada suami isteri itu termasuk tripod pada bulan lalu.

Pasangan ini berjaya menambat hari rakyat pelbagai kaum kerana memuat naik video masakan dalam bahasa Melayu walaupun mereka berbangsa India. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain