suria

Ahli Parlimen Lubok Antu pula keluar PKR, ikrar sokong PN

Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang.

AHLI Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas, pada Jumaat.

Beliau turut menyatakan pendirian menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan negeri Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Tambat berkata, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan penyokongnya untuk kebaikan pembangunan Lubok Antu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Pakatan Kedah jatuh selepas dua Adun PKR keluar parti

"Saya berikrar menyokong penuh kerajaan PN yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, kerajaan negeri Sarawak pimpinan GPS diketuai Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg, demi kesejahteraan dan pembangunan kepada rakyat di Lubok Antu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, pada PRU-14, beliau bertanding sebagai calon bebas dan menang atas mandat rakyat.

Katanya, selepas kemenangan itu, beliau membuat keputusan menyertai PKR sebagai salah satu parti yang membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu, bagi menyusul penyokongnya yang menyertai PKR lebih awal.

"Kawasan Parlimen saya merupakan kawasan luar bandar dan memerlukan bantuan serta sokongan kerajaan untuk pembangunan.

"Saya kesal apabila berlaku masalah dalaman di antara parti dalam kerajaan PH dan perdana menteri ketika itu meletakkan jawatan mengakibatkan kerajaan PH tumbang," katanya. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PKR, PN

Artikel Lain