suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Pakatan Kedah jatuh selepas dua Adun PKR keluar parti

Adun Lunas, Azman Nasrudin (kiri) dan Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee mengumumkan keluar PKR pada Selasa. Foto: Mustafa Ahmad/The Star

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah mengumumkan keluar parti pada Selasa.

Mereka ialah Adun Lunas, Azman Nasrudin dan Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee yang mana kedua-duanya dari PKR mengakui hilang keyakinan terhadap parti.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Mereka dijangka bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ujar dua Adun itu menerusi sidang media pada hari ini.

Kata Azman, dia dan Dr Ling mempertimbangkan banyak perkara sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan PKR.

Mereka juga berjanji akan menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu.

Terdapat 36 kerusi DUN di Kedah, dengan PKR kini memegang lima, Bersatu (enam), Parti Amanah Negara (empat) dan DAP (dua).

PAS dan Umno masing-masing mempunyai 15 dan dua kerusi.

Hanya diperlukan dua kerusi untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru.- The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PKR, Kedah

Artikel Lain