suria

Berdebar layan perutusan khas PM, akhirnya hampa tak ada ‘update’ PKPB – “Ingat umum lanjut ke tak selepas end credit macam Avengers....”

Ramai yang menantikan pengumuman berkaitan PKPB dalam peruntukan khas oleh Perdana Menteri, petang Jumaat.

WALAUPUN peruntukan khas yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelan pemulihan ekonomi jangka pendek, tetapi rata-rata masyarakat khususnya rakyat Malaysia turut menantikan pengumuman penting yang lain daripada perdana menteri.

Kebanyakan mereka berdebar menantikan perkembangan terkini berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal berakhir pada 9 Jun ini, akan tamat atau dilanjutkan.

Namun, sehingga ke akhir perutusan khas yang berlangsung selama kira-kira sejam, tiada pengumuman dibuat oleh Muhyiddin berkaitan PKPB.

Ia sekali gus mengecewakan segelintir mereka yang menantikan pengumuman tersebut dengan penuh kesabaran, sejak dimaklumkan mengenai perutusan khas yang dibuat oleh Perdana Menteri.

"Aku tunggu je tadi Abah nak umum PKPB dilanjutkan atau tak tapi Abah bagi salam je last tu," ujar netizen yang merujuk Muhyiddin dengan panggilan Abah.



Ramai yang turut berharap agar rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.

Malah, ada yang mengandaikan bahawa pengumuman berkaitan PKPB hanya akan diumumkan selepas pembentangan mengenai Penjana.

"Ingat pengumuman PKPB lanjut ke tak selepas end credit macam Avengers. Sekali tak ada," komen seorang netizen mengenai siri filem pecah panggung Avengers sering membuat babak kejutan di pengakhiran pengenalan kru filem.

Segelintir netizen turut menantikan berita baik berkaitan PKPB terutama mengharapkan kebenaran untuk merentas negeri.

Namun, terdapat netizen memahami perutusan khas mengenai pembentangan Muhyiddin berhubung Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), yang mempunyai tiga teras utama iaitu memperkasa rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.



Antara komen netizen berkaitan dengan PKPB selepas perutusan khas Perdana Menteri.

"Korang ni baca je tajuk perutusan tu pasal ekonomi, sibuk lagi nak tunggu pasal PKPB lepas tu mengeluh PM tak umum," komen seorang netizen.

"Hari ni PM fokus #BersamaMenjanaEkonomi, jadi berhentilah dok tanya PKPB sambung ke tak. Tunggu pengumuman seterusnya," ujar yang lain.

"Keputusan sama ada PKPB akan dilanjutkan lagi atau tidak masih belum diketahui lagi. Insyallah rasanya akan ada satu lagi perutusan khas daripada PM sebelum 9 Jun ni berkenaan PKPB. Sama-sama kita terus bersabar," komen seorang netizen.

Terdahulu, PKPB yang dilaksanakan bermula 4 Mei lalu bakal berakhir pada 9 Jun ini, susulan tiga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan pada 18 Mac.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain