suria

Harga petrol naik 5 sen, diesel naik 2 sen bermula tengah malam ini

Harga runcit bagi petrol dan diesel naik bermula tengah malam ini.

HARGA runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 5 sen bermula tengah malam ini.

Ini menjadikan harga terbaharu RON95 adalah RM1.48, manakala harga RON97 ialah RM1.78.

Harga runcit bagi diesel pula mencatatkan kenaikan 2 sen, menjadikan harga terbaharunya adalah RM1.63.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga petrol, diesel naik bermula tengah malam ini

Harga baharu ini berkuatkuasa untuk tempoh 6 Jun sehingga 12 Jun.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, kenaikan ini dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses (refined product) yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

petrol, diesel

Artikel Lain