suria

Korban pertama akibat Covid-19 selepas 2 minggu, terkini hanya satu kes perlu bantuan pernafasan

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

SELEPAS dua minggu, kes Covid-19 mencatatkan kematian akibat virus itu dengan satu kes.

Kali terakhir kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan adalah pada 22 Mei lalu.

Perkembangan terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Jumaat menyaksikan pertambahan 19 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 8,266 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,540 kes.

Beliau berkata, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Tambah Dr Noor Hisham, daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara dan sembilan kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

"Terdapat satu kes kematian terbaharu akibat Covid-19.

"Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 116 kes," katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Jumaat, Dr Noor Hisham berkata, terdapat enam kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 51 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Jumaat.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 6,610 kes," kata Dr Noor Hisham.

Berikut adalah kes kematian ke-116 pada Jumaat:

Kes kematian ke-116 (kes ke-7733) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 Jun 2020 jam 10.20 malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kematian, Covid-19, kes,

Artikel Lain