suria

Malaysia catat 38 kes baharu Covid-19, 26 daripadanya jangkitan di luar negara

Malaysia mencatatkan 38 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai penularan wabak Covid-19 menyaksikan Malaysia merekodkan 38 kes baharu, menjadikan keseluruhan 7,857 kes setakat Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,338 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 57 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad, libatkan hanya 4 rakyat tempatan

"Daripada 38 kes baharu yang telah dilaporkan, 26 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah bukan warganegara Malaysia dan enam kes di kalangan warganegara Malaysia," katanya dalam sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 115 kes iaitu bersamaan 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Pada Isnin, 51 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,404 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lapan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain