suria

57 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad, libatkan hanya 4 rakyat tempatan

Malaysia mencatatkan 57 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad, dengan 43 kes melibatkan bukan warganegara. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai penularan wabak Covid-19 menyaksikan Malaysia merekodkan 57 kes baharu, menjadikan keseluruhan 7,819 kes setakat Ahad.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,351 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 30 kes baharu Covid-19 termasuk 17 warga asing direkodkan, kekal 115 kematian

"Daripada 57 kes baharu yang telah dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 47 kes penularan Covid-19 dalam negara, 43 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 24 kes telah dikesan di Depoh Tahanan Imigresen di Sepang dan 15 kes dikesan di Pahang yang merangkumi tiga kluster pekerja bukan warganegara dan masing-masing satu kes bukan warganegara daripada kluster Sungai Lui; satu kes pekerja di Klang; satu kes pendatang asing tanpa izin (Pati) dan satu kes kluster Pudu.

"Oleh itu kes penularan Covid-19 di dalam negara di kalangan warganegara Malaysia adalah empat kes sahaja," katanya dalam sidan media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 115 kes iaitu bersamaan 1.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ahad petang.

Pada hari ini, 23 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,353 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, sembilan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain