suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cadangan Tangguh Bayar Pinjaman PTPTN Tak Realistik

Shamsul Anuar Nasarah.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyifatkan cadangan pembangkang untuk menangguhkan bayaran pinjaman tabung berkenaan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai cadangan yang tidak realistik.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, berdasarkan realiti semasa, cadangan yang telah dikaji PTPTN itu amat sukar untuk dilaksanakan.

"Ia lebih kepada gimik politik… cadangan itu lebih bersikap populis dan ia tidak menjamin masa depan PTPTN. Dulu (pembangkang) cadang nak hapus PTPTN, mana mereka nak cari duit, ini cadangan yang hanya mahu menarik undi," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Laporan media menyebut pakatan berkenaan mungkin menangguhkan bayaran pinjaman PTPTN bagi semua graduan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, dan menghapuskan amalan menyenaraihitamkan peminjam dalam manifesto mereka.

Shamsul Anuar berkata berdasarkan realiti semasa, berlaku peningkatan dari segi peminjam yang tidak membayar balik pinjaman sekiranya perkara itu dilaksanakan.

"Apa pun kaedah yang kita ada lebih baik daripada apa yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang, kita sudah fleksibel dengan membenarkan bayaran balik dibuat bermula bulan ke-13, malah kita boleh lanjutkan tempoh bayar balik selama 24 bulan... pendekatan yang dilaksanakan PTPTN ini lebih realistik walaupun tidak populis," katanya.

PTPTN menyambut ulang tahun ke-20 penubuhannya pada Khamis. Majlis sambutan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Bernama

PTPTN

Artikel Lain