Lembu Sado Sani Curi Perhatian - Semasa | mStar

Lembu Sado Sani Curi Perhatian

Lembu Sado atau namanya 'Sani' menjadi perhatian para pengunjung kerana hanya membeli barang di gerai Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) boleh berpeluang meneka berat lembu sado dan boleh memenangi lembu sado bernilai RM20,000 pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan dan Malaysia Food Festival 2017 di Taman Ekspo Pertanian Serdang (Maeps), Khamis.

SERDANG: Lembu hibrid ‘sado' antara yang mencuri perhatian orang ramai pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) dan Festival Makanan Malaysia di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini.

Lembu ‘sado' (jenis berotot) berusia tiga tahun yang bernama Sani itu bukan sahaja dipamerkan kepada orang ramai, tetapi juga terdapat pertandingan 'Cuba Teka Berat Lembu Sado' yang dibuka kepada para pengunjung.

Pemilik lembu itu, Mohd Fadzil Ahmad, 37, atau lebih mesra dikenali sebagai Mail memberitahu Bernama bahawa lembu jenis itu merupakan baka  Droughtmaster Cross Australia yang berasal dari Australia.

Beliau berkata meskipun lembu baka Droughtmaster itu sememangnya besar tetapi formulasi makanan khas yang diberikan oleh penternak menjadikan ia ‘sado'.

"Kami ada campuran makanan sendiri yang kami olah sendiri untuk gemukkan lembu mengikut kesesuian lembu itu," katanya ketika ditemui Bernama di Maeps, di sini, Khamis.

Beliau berkata selain besar dan mempunyai daging yang banyak, lembu yang terkenal dengan otot ini bukan mudah untuk diuruskan.

Mail yang juga Pemilik Fazwa Farm Product menjelaskan menjaga lembu ‘sado' agak sukar jika dibandingkan dengan lembu biasa walaupun mempunyai sifat yang sama.

Katanya, lembu ‘sado' harus diberi makanan yang berkualiti seperti gandum, soya dan jagung mengikut tempoh masa betul supaya ia tidak berada dalam keadaan tertekan yang mungkin boleh menjadikan ia tidak normal.

Beliau berkata selain Sani, terdapat kira-kira 500 ekor lembu ‘sado' lagi termasuk yang diimport,  diternak di Ladang Sungai Lembing, Pahang.

Mail yang mewarisi kerjaya itu daripada arwah ayahnya berkata antara cabaran dalam menternak lembu jenis itu adalah mendapatkan makanan kerana kekurangan bahan mentah dan harganya agak mahal.

Bertemakan "Makanan Kita, Masa Depan Kita", HPPNK yang akan berlangsung selama empat hari sehingga 1 Oktober itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib un Razak hari ini.

HPPNK2017 melibatkan kawasan seluas 80,000 meter persegi di Maeps merangkumi 600 gerai pameran dan jualan selain himpunan pelbagai program dalam bidang pertanian dan agromakanan.-- Bernama

Sani , Maeps

Artikel Sebelum

Rumah, Kenderaan Penarik Kereta Ditembak

Artikel Berikut

Dadah Punya Pasal!

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.