suria

Sindiket Tawar Tiket Penerbangan Percuma

PETALING JAYA: AirAsia meminta orang ramai berhati-hati kerana adanya sindiket penjualan tiket palsu menggunakan jenama syarikat penerbangan itu menerusi sosial media.

Sindiket itu menawarkan tiket penerbangan percuma menerusi penyelidikan secara dalam talian dan peserta akan diminta melayari laman web www.airasia.com-2017-givea.us di mana mereka perlu menjawab beberapa soalan bagi mendapatkan baucer.

Selain itu, ada juga sindiket yang disebarkan menerusi Facebook yang menawarkan 268 tiket AirAsia percuma sempena sambutan ulang tahun ke-28 syarikat itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, AirAsia menegaskan, kedua-dua tawaran di media sosial itu adalah sindiket.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghiraukannya dan tidak klik pada sebarang pautan atau memberi maklumat peribadi pada posting berkenaan kerana AirAsia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang disebarkan kerana ia paparan palsu," kata kenyataan itu.

Sebarang pengumuman rasmi akan dibuat menerusi saluran yang sahih kepada media massa.

Jika orang ramai mengesyaki ianya sindiket dan mahukan penjelasan, sila layari www.facebook.com/airasia, www.twitter.com/airasia or www.airasia.com/ask.

AirAsia, Facebook

Artikel Berikut

Artikel Lain