suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Kekasih Berdepan Tali Gantung

Pasangan kekasih Sofia Nabila Naim, 22, dan Mohd Hanafi Misban, 28, (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi, Ahad atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia setahun lapan bulan, anak kepada wanita berkenaan, minggu lepas. Foto Bernama

KOTA TINGGI: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Ahad atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia setahun lapan bulan, anak kepada wanita berkenaan, minggu lepas.

Sofia Nabila Naim, 22, dan Mohd Hanafi Misban, 28, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan sebaliknya hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Salawati Djambari.

Mohd Hanafi merupakan seorang mekanik manakala Sofia tidak bekerja dan kini hamil tiga bulan, hasil hubungan mereka.

Mangsa bayi itu merupakan anak kepada tertuduh wanita hasil hubungan luar nikah dengan lelaki lain.

Kedua-duanya, yang tinggal bersekedudukan, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu ke atas mangsa, Muhammad Zahril Sufyan Abdul Zahir, di sebuah rumah di Blok 4 peringkat dua, Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, antara 7.10 pagi hingga 2.30 petang, 15 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan dan dibacakan bersama Seskyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim menetapkan 3 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan penuh bedah siasat dan ujian DNA.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Suhaila Shafi'uddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Artikel Sebelum

Ramainya Doktor!

Artikel Berikut

Kami Mohon Maaf

Artikel Lain